Thursday, February 17, 2011

Fareware bersama PK1 & HEM

Februari-7, hari yang begitu penuh dengan emosi menjadi semangat kepada dua guru yang selama ini menjadi tulang belakang untuk sekolah terpaksa meninggalkan sekolah ini atas tugas mereka diperlukan di sekolah lain. Tahniah diucapkan buat PK1, Pn. Anita bt. Othman yang meninggalkan sekolah ini kerana dinaikkan jawatan sebagai guru besar di sekolah lain iaitu SK Tanjung Belipat. Begitu juga dengan PK Hem, Pn. Surianey Ibrahim yang berpindah ke sekolah asal beliau sebelum ini iaitu SK Pujut Corner, Miri. dalam majlis ini, beberapa amanat yang disampaikan oleh ayahnda guru besar dan antaranya ialah agar mengekalkan prestasi yang terbaik ketika berkhidmat di tempat baru. sememangnya agak sukar bagi warga SKBN melepaskan mereka berdua namun, tugas untuk negara harus diteruskan dan ini sudah menjadi asam garam setiap insan bergelar guru. Harapan buat puan berdua iaitu, ingat ingatlah kami di sini dan segala kenangan manis bersama dan juga bimbingan dari anda berdua tetap kami jadikan sebagai pedoman...... salam bertemu kembali.



No comments:

Post a Comment

jom borak

Mr. Rajalangit