Sunday, February 21, 2010

Zon Niah Juara!!

Sebagaimana yang terdapat dalam jadual, perlawanan bola sepak Daerah Subis akan diadakan di padang bola SK Kelapa Sawit no 3 pada 20/2/2010.

Perlawanan pertama Zon Niah menentang Zon Sibuti.
Dalam perlawanan ini kita menang 2-0 sekaligus membawa Zon niah ke Perlawanan akhir
dalam pusingan ini, Zon Ladang lwn Zon Suai dimana Ladang menang 3-1.
Mereka makan tengahari dalam kelas.......



Mr. Joe Bujang................. seorang jurulati dari SK Sungai Manong.

tidak ketinggalan juga MR Bakir bergambar kenangan bersama pemain paling kecil tetapi hebat....



Zon Sibuti menentang Zon Suai begi merebut tempat ketiga. Suai menang 2-0

dan inilah gambar para peserta yang berentap untuk pertandingan akhir. Ladang VS Niah


Sepak mula disempurnakan oleh Tuan Haji Ali bin Haji Mudin, Pegawai Pelajaran Daerah Subis sebelum perlawan akhir yang gilan gemilang itu.



Niah menang dengan penentuan penalti di atas keputusan seri 1-1 dalam perlawanan. Zon Niah menjuarai pertandingan ini dengan 4-1.
Kapten bergambar bersama dengan piala.


yang berbaju merah tu pulak tidak mahu ketinggalan untuk menyibuk.


Cikgu Solvastian dengan Cikgu Bakir bersama murid.
satu pasukan / satu matlamat / satu impuan
Kita sudahpun Juara!!!!!!

pemain terpilih dari Zon Niah
Alexson Renang SK Batu Niah
Jackson Bong SK SG Manong
Mohd. Faizul SK Kita

latihan pusat bola sepak Zon Niah 2010

Tempat: SK Batu Niah
Tarikh : 18-19/2/2010

Latihan pusat untuk pasukan bola sepak Zon Niah telahpun diadakan di SK Batu Niah. Ianya bertujuan memupuk persefahaman diantara para pemain untuk hari yang ditunggu tunggu di SK Kelapa Sawit No. 3. Sebagaimana yang terpilih untuk wakil Zon, berikut ialah senarai nama:

1 Alexson Renang         SK Batu Niah
2 Abel Alfeuz                SK Batu Niah
3 Berian James              SK Batu Niah
4 Sylvester Gara           SK Batu Niah
5 Sandai                       SK Rumah Ranggong
6 Aling                         SK Rumah Ranggong
7 Anthony                    SK Sg Lamaus
8 Jackson                     SK SG Lamaus
9 Jackson Bong            SK SG Manong
10 Boniface                  SK Rancangan Sepupok
11 Syafiq                      SK Tanjung Belipat
12 Kelana                     SK Kita
13 Mohd. Faizul            SK Kita
14 Ismail                       SK Kampung Tarikan
15 Md. Ekhwan            SK Kampung Tarikan

Jurulatih         En. Awang   SK Kampung Tarikan (k)
                     Bakir Jatan   SK Batu Niah
                     Joe Bujang   SK Sungai Manong
                     Solvastian    SK Rancangan Sepupok

Berikut pula beberapa gambar sebagai perkongsian..
Para peserta mendengar taklimat ringkas daripada jurulatih


perlawanan persahabatan vs SK Batu Niah FC


Tanggungjawab juga tidak dilupakan. Peserta melakukan kerja amal mencuci tandas asrama selepas makan petang.

Bagi memotivasikan peserta, mereka akan melawat sekitar pekan Batu Niah setelah penat mengeluarkan tenaga selama dua hari.


Mereka tiba di Taman Mini Pekan Batu Niah.

dan Taman permainan.

manakala pada malamnya pula, mereka menonton siaran Astro


Semoga usaha anda semua akan membuahkan kejayaan......................
                                  

Tuesday, February 16, 2010

Siapa Sangka?

Mengikut jadual yang telah ditetapkan, pelajar tahun 3 Gemilang akan mengadakan persembahan pada waktu pagi selepas nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku didendangkan. pada hari tersebut beberapa orang pelajar yang   selama ini selalu dipandang rendah akhirnya berjaya tampil ke hadapan untuk mempersembahkan persembahan mereka yang bertajuk " SQUARE"
belakang: Micheal Usan, Randy Ivan, Zamry Sigam
depan : Babat Luta

pertandingan Story Telling & Public Speaking



Tarikh     11 Februari 2010
Masa      4:30 PM
Tempat   Gelanggang Sepak Takraw SK Batu Niah
Anjuran  SK Sungai Lamaus

Pada hari tersebut, penyertaan amat mengalakkan. ramai pelajar dari zon niah mempamerkan bakat masing masing. Tahniah kepada para guru yang sanggup bekorban. namun, sedikit laporan dari sekolah kami untuk perkongsian bersama.......

Adik Gabriel Rentap dari Kelas 4 Cemerlang. beliau merupakan sebuah permata yang baru dijumpai dan akan kami gilap untuk sekolah ini.

inilah aksi beliau ketika berada di hadapan: (Story Telling)


Esra Senia dari kelas tahun 6 Cemerlang. Semoga berjaya dalam UPSR. 


 Adik Esterina Empina dari tahun 5 Cemerlang. sememangnya berbakat besar

dan adik Javer Jimbau dari tahun 6.(Public Speaking)

beginilah wakil dari sekolah kami untuk acara ini. Dan hasilnya:


Javer Jimbau mendapat Johan untuk Public Speaking
Esterina Empina naib johan Story Telling
dan Esra Senia Ketiga Story Telling.

Juara untuk Story telling adalah seorang pelajar yang sangat hebat dari SJK Chee Mung.
inilah juara dari SJK Chee Mung.

wajah wajah VIP

orang kuat bi SK Batu Niah yang sentiasa memberi sokongan dari belakang
tahniah kepada yang berjaya dan jangan putus asa bagi yang belum mendapat peluang untuk juara

Action Song Peringkat Zon Niah

Tarikh    : 11 February 2010
Masa     : 3.00 PM
Tempat  : Gelanggang Sepak Takraw SK Batu Niah
Penganjur : SK Batu Niah.



inilah dia wajah wajah penonton yang hadir.


Dimulakan dengan taklimat ringkas daripada ketua hakim En. Kelvin Golvindaraj. Kenapa gelap jer kamera aku nih.



Persembaha Pertama dari SK Kita Niah



diikuti dengan SK Rumah Mantali

Dan akhir sekali dari SK Batu Niah.
 antara adegan lain pelajar SK Batu Niah di bawah Bimbingan Cikgu Faizal Lampam.

Keputusannya 
SK BATU NIAH JUARA

kedua    SK Kita

ketiga   SK RH. Mantali

TAHNIAH !!!!!!!
..................

Pemilihan Bola Sepak peringkat Zon Niah


Tarikh   : 10 Februari 2010
Masa     : 2.30 pm
Tempat :Padang Bola Sepak SK Batu Niah

Serentak dengan pemilihan bola jaring, skuad bola sepak juga dipilih pada hari yang sama.




Ketibaan peserta dari SK Rumah Ranggong.





bergambar untuk kenang kenangan regu SK Batu Niah
inilah mereka wajah wajah yang akan membawa nama sekolah untuk tahun 2010.
semua pasukan pun memanaskan badan. Memang dijalankan serentak bagi menyahut cabaran 1 Malaysia.
 En. Tila @ Wayne Rooney dari SK Rh. Mantali 




yang di depann tu pemain SK Batu Niah B. Yang kat belakang tu pula, Badan pemilih dan jurulatih jurulatih.


Jurulatih SK Rancangan Sepupok........
Penglibatan Sekolah :
1. SK Batu Niah A & B
2. Sk Sungai Manong
3. SK Sungai Lamaus
4. SK Rumah Ranggong
5. SK Kita
6. SK Rumah Undi
7. SK RH Mantali

Bestla SK Batu Niah A dapat menang 3-1 manakala B pula Menang 2-0 pada waktu tu. Senarai nama pelajar terpilih telahpun diserahkan kepada SK Rancangan Sepupok selaku penganjur untuk tindakan selanjutnya.

Pemilihan Bola Jaring Peringkat Zon Niah

Tarikh : 10 February 2010

Masa : 2.30 PM
Tempat   : Sk Batu Niah

Nampak gayanya Cikgu Kelvin tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi.  

Ini pula pasukan dari SK Sungai Lamaus. Tahniah cikgu kerana sudi bekorban masa dan tenaga menghantar pelajar walau dari sekolah kategori pedalaman. Memang patut dicontohi.

 
ini pula Pasukan sekolah SK Batu Niah. Merancang perlawanan agaknya. Walaubagaimanapun, Good Luck..














Awal- awal dah mencuba tiang bola jaring. Memang penuh dengan semangat kesukanan.






perlawanan pertama dimulakan..... sememangnya menarik sekali.
Yang baju putih inilah jurulatih SK Batu Niah. Pn Noraida bt Norahim.

serangan demi serangan dari Pasukan SK Batu Niah.


Pong Pong girl & Boy Sk Batu Niah. Letih dah bersorak. rehat kejap makan buah mata kucing.
Perlawanan Final yang begitu rancak yang berkesudahan
SK Batu Niah JUARA

jom borak

Mr. Rajalangit