Tuesday, February 28, 2012

Ujian Pertengahan Pertama

Ujian Pertengahan Pertama kini bermula. semua pelajar diminta bersiap sedia dari semua aspek agar mendapat keputusan yang positif dari yang lepas. Senagaimana yang telah dijadualkan, ujian ini bermula 27 February hingga 2 Mac 2011. Begitu juga dengan pentaksiran standard prestasi KSSR Tahun 1 dan 2. Semoga berjaya....................................................

Sunday, February 12, 2012

Membuat ABM beramai ramai

13.2.2012 . Sekolah ini telahpun mengadakan satu aktiviti iaitu menyediakan bahan bantu mengajar bergotong royong tanpa mengira mata pelajaran masing masing. Aktiviti ini dijalankan bagi meningkatkan lagi prestasi LINUS Sekolah ini. Semua bahan yang dibina akan digantung dan dilekat pada setiap KIOSK yang disediakan. diharap pelajar di sekolah ini dapat manfaat daripada program yang dijalankan.











Thursday, February 2, 2012

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Untuk Guru dan Staff

Jutaan Terima Kasih khas buat Pn. Phang Choon Lian ( Ketua Panitia Matematik) kerana telah mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina untuk sesi 2011. Rumah Terbuka ini diadakan di Sekolah Kebangsaan batu niah dengan dihadiri oleh semua warga SK Batu Niah . Dengan altiviti sebegini, maka keakraban warga sekolah dapat dipereratkan tanpa mengira agama mahupun warna kulit. Apa yang pasti, keseronokan bekerja dengan pelbagai bangsa di sekolah ini melicinkan lagi tugasan harian dengan lebih berkesan.

jom borak

Mr. Rajalangit