Thursday, December 29, 2011

mesyuarat awal tahun 2012

Mesyuarat awal tahun 2012 diadakan pada hari ini untuk memastikan kelancaran aktiviti tahun hadapan.  Mesyuarat besar besaran ini dihadiri oleh semua staff dan segalanya berjalan dengan lancar

Tuesday, November 15, 2011

jamuan akhir tahun pelajar tahun 6

Sebagai Kenangan, pelajar tahun 6 SK Batu Niah mengadakan sedikit jamuan sebagai tanda kenang kenangan bersama dengan guru di sekolah ini selama 6 tahun.













PEMILIHAN MSSR 2011

PADA 10.11.2011, Sekolah Kebangsaan Batu Niah telah menghantar seramai 35 orang pelajar untuk menyertai pemilihan MSSR yang diadakan di SK Rancangan Sepupok. pelajar yang dihantar berjaya menggunguli 8 emas, perak 11 dan gangsa 7. Peserta tersebut juga berjaya menampilkan bakat dimana seramai 11 orang pelajar terpilih untuk mewakili Zon Niah. Mereka yang disebutkan adalah
1. Agus Suan
2. Slyvester Jampi
3. Gebalnadon Tawi
4. Ameesha Suhanna
5. Dianizie Ping Jacob
6. Eleksen
7. Aziezul
8. Dessyn Lanja
9. Elisha Gumas
10. Azmi Mohammad
11. Ellyliana
majulah sukan untuk negara






majlis anugerah cemerlang 2011

pada 11.11.11 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Batu Niah telahpun mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang peringkat sekolah beserta Majlis Perasmian Kelab Rukunegara. Turut hadir pada hari tersebut adalah Yang Behormat Tuan Ahmad Lai Bin Haji Bujang , Ahli Parlimen P218 Bekenu. turut disaksikan pada hari tersebut ialah upacara menyampaikan anugerah kepada 318 orang pelajar yang menyumbang kepada kemajuan akademik dan kurikulum. hari yang begitu gilang gemilang itu dimeriahkan lagi dengan persembahan live band oleh guru dan pelajar SK Batu Niah sendiri. pada hari tersebut juga yang Berhormat menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM 5000 sebagai bantuan menyelengara dan menjalankan aktiviti sekolah.










Tuesday, November 1, 2011

lawatan sambil belajar pelajar tahun 6

pada 1 November 2011, pelajar tahun 6 diberi peluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Balai Polis Batu Niah. Ketibaan kami di sana disambut dengan baik oleh pihak balai. selain daripada mendengar taklimat daripada Sarjan Ali, pelajr juga diberi peluang untuk melawat beberapa tempat serta taklimat mengenai kawan sekitar ballai polis. Pelajar diberi peluang untuk menanyakan soalan secara terbuka. Ternyata para pelajar gembira dengan lawatan ini dan pihak balai juga mengalu alukan kedatangan kami pada masa akan datang kerana aktiviti sebegini sememangnya baik untuk pelajar.

kita juara!!

29-30 Oktober-Tahniah diucapkan kepada para peserta yang bekerja keras dalam mengejar gelaran juara dalam pertandingan bola sepak SK Kampung Tarikan. Sekolah ini berjaya mendapat tempat pertama selepas berjaya menundukkan SK Kampung Tarikan dalam pertandingan peringkat akhir. Sekolah ini berjaya membawa pulang piala kejohanan serta wang tunai sebanyak RM150.


Turut mendapat habuan pada hari tersebut ialah adik Berian James anak Janggot apabila dinobatkan permain terbaik sepanjang kejohanan. semangat kesukanan sebegini sememangnya amat diharapkan agar dijadikan contoh kepada pelajar lain pada masa akan datang.
 berikut merupakan gambar ketua pasukan serta pembantunya menyerahkan piala pusingan kepada pihak sekolah semasa perhimpunan

Tuesday, October 4, 2011

minggu sains dan matematik

Pada 3 hingga 7 Oktober 2011, Panitia Sains dan matematik telahpun berjaya mengadakan minggu panitia tersebut seperti tarikh yang telah dirancang dengan jayanya. Biarpun pengisian program hanyalah secara sederhana, namun program tersebut dapat melibatkan pelajar sekolah bagi menaikkan semangat mereka terhadap dua mata pelajaran teras ini sekaligus memberikan penghargaan kepada pelajar berbakat dan dedikasi.

Monday, September 26, 2011

ujian akhir tahun

Ujian akhir tahun 2011 telahpun dijadualkan kepada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 21 oktober ini. Diharap semua pelajar dapat bersedia agar mendapa keputusan yang cemerlang.

Wednesday, July 27, 2011

teka siapa dia?


berdiri paling kanan
selamat hari lahir
27.7.2011

minggu Bahasa Malaysia SK Batu Niah



























Minggu bahasa sekolah ini amat meriah pada tahun ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik. penyertaan menggalakkan daripada para pelajar menyerikan lagi suasana. antara aktiviti yang dijalankan adalah padat serta memenuhi ruang waktu seminggu seperti yang terdapat pada jadual.

jom borak

Mr. Rajalangit