Sunday, May 2, 2010

Majlis Pra Gawai 2010

Pada 30 April 2010, SK Batu Niah Mengadakan Majlis Pra Gawai bagi menyemarakkan lagi demam Gawai kalangan guru dan pelajar Dayak SK Batu Niah. Tujuan utama upacara ini dijalankan adalah bagi memperkenalkan upacara ini kepada guru guru yang datangnya dari Semenanjung Malaysia sekaligus mengeratkan lagi silaturahim di antara kami. Para pelajar juga diberi sumbangan makanan biarpun ianya tidak mewah namun amat bermakna ikhlas dari semua guru berbangsa Dayak. Berikut merupakan aturcara aktiviti yang dijalankan:

Upacara ini diselitkan dengan beberapa hiburan disamping dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato Hassan Sui, yang merupakan diantara ahli perniagaan bumiputera paling berjaya di kawasan ini. Beliau banyak memberi sumbangan dari segi motivasi dan juga wang ringgit. Turut diutarakan beliau, langkah untuk mendidik anak anak juga menjadi inspirasi ibu bapa dan juga pelajar kerana keempat empat ana beliau telahpun berjaya. berikut merupakan sedutan aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut.

proses mengambil umbut sawit di Tangap..


membeli ayam di simpang n
Ngu's

proses penyembelihan ayam yang disempurnakan oleh En. Mahari

manakala pada hari Jumaat, pelajar diberi sumbangan oleh para guru.

para guru dan kakitangan perempuan memulakan aktiviti memasak

TR. Gawai 2010, En. Anis Samuel

Mr. Rajalangit tidak mahu ketinggalan untuk berposing

Upacara miring dijalankan sebagi simbolik perayaan gawai

inilah rupa piring

Dato Hassan Sui Merasmikan upacara ini dengan membuka tikar lampit.

persembahan dari para pelajar sebagai pembuka tirai

upacara seterusnya ialah ngetas buah ranyai. Mr. Rajalangit menunaikan aktiviti ngajat sambil ngetas buah ranyai.

jom borak

Mr. Rajalangit