Sunday, June 24, 2012

Projek Mega Kebanggan Sekolah



Bendera Terbesar diperbuat daripada kotak terpakai ini dihasilkan pada tahun 2008. Untuk menyebarkan kewujudan bendera ini, seluruk warga sekolah membuat perarakan sekitar pekan Batu Niah sambil memperingati hari kemerdekaa negara.

Bendera Kulit Telur Terbesar




Atas: Bendera Dari pembungkus Telur Terbesar
Pada tahun 2007 pula, sekolah ini juga berjaya menghasilkan sebuah bendera terbesar yang diperbuat daripada set telur. Bukan sahaja terbesar malahan bendera tersebut juga kelihatan gah apabila saiznya yang begitu panjang. Sebanyak 364 keping pembungkus telur digunakan untuk menghasilkan bendera ini.

Bendera Terpanjang
Pada tahun 2010 pula, sekolah ini menghasilkan sebuah lagi bendera terpanjang hasil daripada kerja tangan semua murid sekolah ini. Pelajar sekolah ini bekerjasama menghasilkan bendera sepanjang 200 m dan dirasmikan oleh tuan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Subis pada masa itu iaitu Tuan Haji Ali bin Mudin.

Selamat datang Panel penilai SLAAS

Seperti yang dijadualkan, Pihak sekolah ini menerima kedatangan tiga orang panel penilaian Peringkat negeri SLAAS pada 25 Jun 2012. Panel penilai yang hadir pada hari ini adalah En. Orlando Jurid dari Jabatan Alam Sekitar, En. Borhannudin bin Suai dari NREB dan En. Norman bin Suhaili dari JPNS. Lawatan ini tidak lain daripada memantau kebertanggungjawaban pihak sekolah terhadap alam sekitar. Selamat datang kami ucapkan kepada Tuan bertiga kerana sudi bertandang ke sekolah ini.






hendak dibuang ,,,, sayang



Kerusi di makmal komputer yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi




Kipas siling diganti semula kerana tidak berfungsi

Begitu juga dengan kipas berdiri ini.


Akhirnya ditranslasikan kepada






Projek mengurus semula botol mineral

Kertas Cadangan Projek Kitar Semula
Tajuk                           : Menara Petronas Kitar Semula
Tempat                        : Kawasan sekolah SK Batu Niah
Masa perlaksanaan      :19 Jun 2012 hingga  15 Januari 2013
Pengenalan.
Dewasa ini, masalah pencemaran semakin berleluasa dan amat sukar untuk dikawal. Pelbagai pendekatan dikemukakan oleh kerajaan bagi mempromosikan kesedaran masyarakat berkenaan masalah dihadapi akibat pencemaran. antara satu masalah yang amat merunsingkan adalah pengurusan bahan plastik yang didapati apabila dibuang merata tempat tidak akan terurai. perkara ini mengakibatkan Negara kita akan berlantaikan plastik dalam ribuan tahun mendatang. Perkara ini mendapat sambutan dari pasaraya yang Bandar Miri apabila memperkenalkan kempen “ Tiada Beg Plastik Setiap Hari”. Walaubagaimanapun, kesedaran ini tidak melibatkan warga Niah yang masih segar dengan hutan dan Bandar kecil ini.
Masa hadapan yang semakin pesat menyebabkan keghairahan untuk kesenangan Generasi Z membinggungkan apabila perkara ini berleluasa. Pembangunan kelihatan bertambah dari hari ke hari manakala kebersihan alam sekitar dipandang remeh. Bagi memulakan kesedaran berkenaan pengurusan plastik di daerah ini, cadangan untuk mendirikan menara berkembar yang diperbuat daripada botol plastik ini amat releven. para pelajar diminta untuk membawa botol plastic dari rumah agar ianya tidak dibuang merata rata tempat.
            Kadar harga yang amat rendah untuk menjual balik botol plastik terpakai menyebabkan ramai penggiat kitar semula tidak bercadang untuk menjual balik botol plastik ini. oleh demikian, dengan menggumpulkannya di sekolah ini, dapatlah kita mengutip seberapa banyak botol plastic dan diselamatkan dari menjadi punca keranapan alam sekitar. kaedah yang digunakan adalah dengan mendirikan menara berkembar kerana untuk menyimpannya pada sesuatu tempat adalah amat sukar kerana uangan yang amat terhad di sekolah ini. Apabila menara ini sudah berdiri dan tidak betahan lagi ataupun rosak, barulah ianya akan dijual kepada pembeli kitar semula. 

Rasional
Projek ini dijalankan adalah untuk menghindarkan botol plastik terpakai di daerah Niah ini daripada dibuang dengan tidak terurus sekaligus mendatangkan impak buruk ke atas kesihatan bumi. Disamping itu, diharap juga Sekolah ini dapat menjadi contoh kepada rakyat lain berkenaan dengan kecintaan terhadap bumi yang kita pijak sekarang.

Objektif
Antara Objektif projek ini adalah seperti berikut:
1.      Sebagai salah satu pengurusan bahan terbuang dan membantu menyelamatkan bumi daripada diliputi plastik terpakai.
2.      Menjadi “ Role Model” kepada masyarakat setempat agar menjaga bumi daripada sampah.
3.      Membantu kerajaan dalam merealisasikan objektif penjagaan alam sekitar.
4.      Memberi peluang kepada pelajar dan guru serta seluruh warga sekolah untuk bergotong royang dan sependapat dalam merealisasikan sesuatu.
5.      Menjadikan sekolah pertama di daerah ini untuk menjadikan model Negara berkembar tertinggi melalui bahan terpakai sekaligus seandainya dapat akan dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Record.
6.      Menyemai semangat cintakan Negara dengan menunjukkan menara kebanggaan Negara kepada pelajar.
7.      Mengurangkan peratusan bahan terbuang daripada dijadikan sampah ke tanah daerah ini.
8.      Mendekatkan nama sekolah ke mata dunia.
9.      Membuktikan bahawa sekolah mampu menjalankan satu projek mega yang setaraf dengan agenda Negara.
Ahli Jawatankuasa Perlaksana
Bil
Nama
Jawatankuasa
1
En. Abdul Rashid bin Yaakub
( Guru Besar SK Batu Niah)
Penaung Program Projek Twin Tower
2
Pn. Norlela bt. Raiee
( Penolong Kanan Kokurikulum)
Timbalan Projek Twin Tower 1
3
En. Taib anak Akyo
( Penolong Kanan Kurikulum )
Timbalan Projek Twin Tower 2
4
Pn. Mastura bt. Rosli
(Penolong kanan HEM)
Timbalan Projek Twin Tower 3
5
Cik Syarifah
( Guru Keceriaan Sekolah)
Penyelaras Program Projek Twin Tower
6
Cik Nani bt. Hassanuddin

Setiausaha Projek Twin Tower
7
Pn. Phang Choon Lian
Bendahari Projek Twin Tower
8
Bakir anak Jatan
Ketua Projek Twin Tower
9
Semua Guru dan Staff SK Batu Niah
Ahli Jawatankuasa Kerja

Anggaran Perbelanjaan:
Bil
Bahan
kuantiti
Harga
Sumber
1
Botol plastik (6000 unit)
-           
-           
Bahan Terbuang
2
Gam paip
20
RM 5 x 20
= RM 100
Dana Projek
3.
Bendera Malaysia
1

Dana Projek
4
Bendera Sarawak
1

Dana Projek
5
Tiang Besi 15 meter
2

terpakai
6
Tiang besi 3 meter
2

terpakai
7
Lampu & perumah
2

Dana Projek
8
Wayar 20 m
1
RM 2 X 20
= RM 40
Dana Projek
9
Dawai PVC
1 Gulung

Dana Projek
10
Belanja belum dikesan


Dana Projek

Dana Projek
Untuk menjalankan projek ini, jawatankuasa projek bercadang untuk meminta sumbangan seperti berikut:
Bil
Penderma
Jumlah derma
jumlah
1
Guru dan kakitangan sekolah
RM 5 setiap orang
RM 5 x 44 orang
= RM 220
2
Pelajar
RM 1 setiap orang
RM 1 x 462
= RM 400
jumlah
RM 682

Setiap penderma akan diberikan surat terima kasih daripada pihak sekolah bagi mengantikan resit. Manakala bayaran haruslah diberikan kepada bendahari sekolah iaitu Puan Phang Choon Lian.
Lakaran projek
(Sila Rujuk Lampiran 1) 

Disediakan oleh                                                                                  Disemak Oleh

Helikopter rekaan SK Batu Niah

Kini, telahpun terciptanya model helikopter hasil percambahan idea semua warga sekolah. Dengan berbekalkan perbelanjaan sifar, helikopter yang begitu unik itu akhirnya berjaya disiapkan. Sebagai pengurusan kepada besi dan banyak lagi bahan terbuang yang terdapat di sekolah ini, dapatlah kami membentuk sebuah helikopter yang mampu memuatkan seorang penumpang sahaja selaku pemandu.

jom borak

Mr. Rajalangit