Sunday, January 31, 2010

Kelas Bimbingan Pelajar Tahun 6 2010

Sebagaimana Tahun yang lepas lepas, Sekolah Kebangsaan Batu Niah sentiasa mengadakan kelas bimbingan secara percuma kepada para pelajar tahun 6. Untuk tahun 2010,Kelas Bimbingan Tahun 6 telah beroperasi pada 1 Februari 2010. Subjek Bahasa Melayu dan Matematik yang membuka tirai kelas ini. Diharap usaha para guru akan membuahkan hasil yang lebih memuaskan pada tahun ini berbanding tahun tahun yang lepas.....

Tuesday, January 19, 2010

Gotong Royong PIBG SK Batu Niah






Pada 17 Januari 2010, Sekolah Kebangsaan Batu Niah telah mengadakan gotong royong PIBG bagi menceriakan lagi kawasan sekolah. Kerjasama dari pihak Ibu bapa amatlah memuaskan dan sememangnya sikap begini perlu dikekalkan bagi memastikan keakraban guru, ibu bapa dan pelajar dapat dieratkan lagi.

penutupan minggu transisi sekolah





Pada 17 Januari yang lalu, Sekolah Kebangsaan Batu Niah telah mengadakan acara penutupan transisi sekolah yang disempurnakan oleh Guru Besar, En. Abdul Rashid b. Yaakub. Berikut adalah antara gambar yang dapat menunjukkan suasana majlis tersebut.

Thursday, January 14, 2010

VISI SEKOLAH

MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG DAN BERAKHLAK MULIA SELARAS DENGAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MENJELANG TAHUN 2015

misi sekolah

MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN DAN KECERMELANGAN AKADEMIK PELAJAR BERSESUAIAN DENGAN KEHENDAK KOMUNITI KE ARAH INSAN SEIMBANG

jom borak

Mr. Rajalangit