Thursday, December 30, 2010

pendaftaran pelajar

adalah diumumkan bahawa pendaftaran pealajar untuk Sekolah ebangsaan Batu Niah adalah 2 Januari 2010 jatuh pada hari Ahad. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai guru dan begitu juga ibu bapa. Selamat Tahun Baru dan Selamat kembali ke sekolah

Thursday, November 18, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010

November14, Tahniah kepada semua jawatankuasa yang telah menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang dengan jayanya. Pada hari tersebut, Tuan Haji Ali bin Haji Mudin telah merasmikan hari yang gilang gemilang ini. Beliau disambut dengan tarian oleh pelajar PRA Sekolah di depan pintu masuk dewan. Jutaan terima kasih buat Tuan Haji Ali kerana sudi bertandang ke sekolah kami untuk merasmikan upacara ini.

 




Piala Perak Yayasan Sarawak

antara gambar pelajar SK Batu Niah A dan SK Batu Niah B ketika pemilihan PPYS di SK Rumah Ranggong. Sekolah ini sekadar gembira untuk mendapat tempat ke empat. Tahun depan kita akan gandakan usaha untuk mengembalikan piala yang dipegang selama 4 tahun.






hari perpisahan bersama guru yang bakal berpindah

November 18, pada hari ini, guru guru sekolah ini meraikan hari yang syahdu apabila empat guru terpaksa keluar dari sekolah ini. mereka yang dimaksudkan adalah Pn. Josephine Elbrina, Pn. Asmedia Livan Wan, Cik Alice Kanyan dan Ustaz Abang Ruby. Dua guru berkhidmat ke sekolah lain manakala dua lagi tamat perkhidmatan sebagai guru sandaran. Antara ucapan dari Ayahnda Guru Besar adalah selain ucapan selamat tinggal juga mengekalkan usaha sebagai pendidik biarpun dimana kita berada. berikut adalah gambar kenangan bersama guru guru ini. Selain daripada itu, turut disampaikan juga cenderahati daripada pihak sekolah kepada guru yang bakal berkahwin iaitu cikgu Cik Rose yang bakal berlangsung cuti ini. Sekolah ini juga ada menghadiahkan batik kepada setiap staff yang berada di Sekolah Kebangsaan Batu Niah.




Wednesday, November 10, 2010

wajah sang juara..... UPSR 2010

Beginilah rupa sang juara dari SK Batu Niah yang berjaya mendapat 5A untuk tahun ini....
Tahniah kepada adik Beliary Badon, Esra Senia Jantan, dan Javer Jimbau



Tuesday, August 31, 2010

sambutan D'AMBANG MERDEKA 2010

pada 30 Ogos 2010, sekolah kami telahpun mengadakan sambutan D Ambang Merdeka dengan jayanya. Pada hari tersebut, Dewan Masyarakat Subis dibanjiri pelajar, ibu bapa dan guru guru yang masing masing menghayati pentingnya erti kemerdekaan. Pelbagai acara dijalankan seperti merasmikan bendera baru hasil ciptaan warga Sekolah Kebangsaan Batu Niah sepanjang 100 meter. Pada hari tersebut persembahan 2 orang pelajar iaitu Dianizie Ping dan Elizabeth Epan berjaya mempamerkan bakat masing masing. Tidak ketinggalan juga dari pihak guru, Puan Norlela menyampaikan Syair beliau berkaitan kemerdekaan dan jelas sekali berjaya menambat hati hadirin yang terdapat di dewan pada hari tersebut. Selepas rehat pula, para pelajar pula menyertai pelbagai pertandingan mengikut kategori yang telah diagihkan seperti mewarna dan melukis nilai nilai patriotik. Tetamu jemputan pada hari tersebut adalah Tuan Haji Ali bin Haji Mudin, Pegawai Pelajaran Daerah Bekenu dan turut hadir para tuai tuai rumah.

berikut merupakan kenangan kami ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara pada hari tersebut....

fasa persdiaan























Hari Berlangsungnya D Ambang Merdeka
















beginilah kenangan kami ketika menjayakan hari tersebut.... nantikan aktiviti seterusnya iaitu Hari Apresiasi 1 Malaysia yang akan dijalankan pada 15 September 2010

jom borak

Mr. Rajalangit