Tuesday, August 31, 2010

sambutan D'AMBANG MERDEKA 2010

pada 30 Ogos 2010, sekolah kami telahpun mengadakan sambutan D Ambang Merdeka dengan jayanya. Pada hari tersebut, Dewan Masyarakat Subis dibanjiri pelajar, ibu bapa dan guru guru yang masing masing menghayati pentingnya erti kemerdekaan. Pelbagai acara dijalankan seperti merasmikan bendera baru hasil ciptaan warga Sekolah Kebangsaan Batu Niah sepanjang 100 meter. Pada hari tersebut persembahan 2 orang pelajar iaitu Dianizie Ping dan Elizabeth Epan berjaya mempamerkan bakat masing masing. Tidak ketinggalan juga dari pihak guru, Puan Norlela menyampaikan Syair beliau berkaitan kemerdekaan dan jelas sekali berjaya menambat hati hadirin yang terdapat di dewan pada hari tersebut. Selepas rehat pula, para pelajar pula menyertai pelbagai pertandingan mengikut kategori yang telah diagihkan seperti mewarna dan melukis nilai nilai patriotik. Tetamu jemputan pada hari tersebut adalah Tuan Haji Ali bin Haji Mudin, Pegawai Pelajaran Daerah Bekenu dan turut hadir para tuai tuai rumah.

berikut merupakan kenangan kami ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara pada hari tersebut....

fasa persdiaan























Hari Berlangsungnya D Ambang Merdeka
















beginilah kenangan kami ketika menjayakan hari tersebut.... nantikan aktiviti seterusnya iaitu Hari Apresiasi 1 Malaysia yang akan dijalankan pada 15 September 2010

1 comment:

jom borak

Mr. Rajalangit