Modul 3 : SI BUTA SAYANG
Masa : 1 ½ jam
Alatan : Kain tutup mata
Langkah-langkah
1. Lantik seorang ketua dan seorang pemerhati (Fasilitator).
2. Tutup mata ahli-ahli lain dalam kumpulan (kecuali ketua).
3. Ketua kumpulan diarahkan untuk membawa ahli-ahlinya yang buta ke suatu destinasi
yang tertentu.
4. Hanya arahan verbal sahaja dibenarkan. Cara memimpin terpulang kepada
kebijaksanaan ketua.
5. Apabila balik, ketua diminta menutup mata juga dan seorang ketua baru dilantik
untuk memimpin ahli-ahli balik.
6. Pemerhati dikehendaki memerhatikan apa yang berlaku dan akan membuat laporan
apabila diminta.
Perbincangan : Pengalaman setiap ahli dalam aktiviti ini.
Pengajaran :
1. Penting untuk mematuhi arahan ketua.
2. Arahan pemimpin hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami.
3. Seorang pemimpin yang berkesan harus jujur, ikhlas dan amanah tanpa mengambil
kesempatan kelemahan orang yang dipimpin.
4. Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli yang
dipimpinnya.
5. Kepimpinan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.
6. Adalah penting untuk pemimpin mendapatkan maklumat lengkap dahulu sebelum
membuat keputusan untuk bergerak.
Modul 1 : KERUSI SEJUK PANAS
Masa : 1 jam
Langkah-langkah :
1. Setiap peserta diminta untuk duduk di tengah bulat mengikut giliran masing-masing.
2. Ahli-ahli lain diminta untuk memberi pandangan atau komen (dalam aspek sebagai
pelajar /pemimpin/ individu) tentang rakan yang duduk di tengah bulatan sebelum
kursus dan masa kini. Setiap komen perlu ada penjelasan.
3. Pelajar yang di tengah boleh memberi maklum balas terhadap komen-komen yang
diberi.
Perbincangan :
· Apakah rasa apabila orang lain memberi komen positif/ negatif tentang diri kita?
· Apakah tujuan komen-komen orang lain?
Pengajaran:
· Setiap input/ maklum balas orang lain memberi gambaran/ maklumat tentang diri kita dan orang lain.
· Semakin kerap dan ramai orang lain memberi maklum balas yang sama semakin kukuh dan sahih ciri-ciri diri yang dikaitkan. Maklum balas positif akan memberi pengukuhan dan yang negatif perlu dijadikan panduan untuk menganalisa diri dan berubah.
DUDUK SERUMPUN( selepas icebreaking)
Langkah-langkah :
1. Peserta bergerak secara bebas. Fasilitator menyebut sesuatu angka dan para peserta dikehendaki
Mewujudkan kelompok dengan bilangan ahli mengikut angka yang disebutkan.
2. Ulangi dengan menyebut angka lain. Mana yang tidak dapat memasuki mana-mana kelompok kecil tidak dikeluarkan malah boleh memasuki kelompok lain apabila angka lain dinyatakan.
Proses
¨ Apakah perasaan anda apabila anda diterima, ditolak dan diterima semula?
¨ Bagaimanakah anda boleh diterima dalam sesuatu kelompok?
Pengajaran
¨ Untuk diterima dalam sesuatu kelompok, seseorang itu perlu akur kepada beberapa syarat kelompok yang tidak bertulis.
¨ Penerimaan dalam kelompok melahirkan rasa yakin, disukai, diperlukan, disayangi dan dihargai di samping mempunyai identiti.
¨ Kadang-kadang kita terpaksa ‘mengadaikan’ nilai-nilai keluarga/ peribadi demi diterima dalam sesuatu kelompok dan menyerap secara bulat-bulat nilai kelompok sama ada nilai-nilai itu positif atau negatif.
¨ Penolakan sesuatu kelompok tidaklah bermaksud penolakan selama-lamanya, mesti ada orang/ kelompok yang akan menerima kita pada masa lain.
AKTIVITI 2 : PENSTRUKTURAN KELOMPOK
1. Fasilitator memperkenalkan diri di dalam kelompoknya dan menyatakan peranan serta
harapan kepada ahli-ahli kelompok.
Harapan :
~ belajar sambil berseronok
~ membuka minda melalui perkongsian antara ahli-ahli
~ memupuk perkembangkan diri dari segi sosial, mental, emosi, intelek dan rohani.
2. Fasilitator menstruktur kelompok kecil dengan memberikan beberapa etika kumpulan.
a) Setiap ahli hendaklah jujur dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti.
b) Setiap ahli kelompok memberi perhatian dan tidak boleh menyampuk semasa ahli lain sedang
bercakap.
c) Setiap ahli hendaklah menghormati antara satu sama lain, tidak boleh memperkecilkan, menghina,
mengejek dan menilai secara negatif pendapat/ perkongsian ahli-ahli lain.
d) Setiap ahli hendaklah menjaga rahsia kumpulan.
e) Setiap ahli hendaklah mematuhi ketepatan masa.
AKTIVITI 3 : RANTAI NAMA
Objektif : Melatih pelajar mengingat nama ahli dalam kumpulan dengan pantas.
Langkah-langkah :
1. Peserta-peserta diarahkan untuk duduk dalam bulatan.
2. Arahkan peserta pertama menyebutkan namanya sekali dengan kuat dan jelas.
3. Peserta kedua, kemudiannya menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta
pertama sekali dan menyebut namanya semula sekali.
4. Peserta ketiga menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta pertama sekali,
menyebut nama peserta kedua sekali dan menyebut namanya semula sekali.
5. Proses ini diteruskan hinggalah kepada peserta yang terakhir.
Perbincangan :
1. Apakah perasaan anda apabila orang lain menyebut dan memanggil nama anda?
2. Mengapakah peserta terakhir boleh mengingat semua nama?
3. Cuba anda sebutkan semua nama peserta mengikut arah pusingan yang berlawanan.
Pengajaran :
1. Mengingat nama adalah penting dalam proses berkenalan dan hubungan
persahabatan.
2. Seseorang itu berasa dirinya dihormati apabila namanya diketahui dan diingati.
3. Semakin tinggi tumpuan kita, semakin tinggi daya ingatan kita.
Modul 2 : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI & ASERTIF
Masa : 1 ½ jam
Alatan : Bola
Langkah-langkah :
1. Peserta diminta berdiri dalam bulatan. Fasilitator menerangkan bahawa peserta mengajak/ memujuk/ mendesak/ meminta rakan untuk membuat sesuatu dengan memenuhi peraturan-peraturan berikut :
¨ peserta yang memegang bola sahaja yang dibenarkan bercakap.
¨ peserta boleh memberi bola itu kepada peserta lain sama ada diisyaratkan ataupun tidak.
¨ peserta boleh mendapatkan bola tersebut secara memberi isyarat tanpa lisan.
¨ apabila memegang bola ahli harus menjawab / berkata sesuatu walaupun sekadar bersetuju ataupun tidak dengan pendapat peserta yang memberi bola kepadanya.
¨ Bola tidak harus jatuh ke lantai, sekiranya hal ini berlaku, peserta dikeluarkan.
Proses dan Pengajaran
¨ Kemahiran berkomunikasi ~ kemahiran menerima mesej ~ mendengar secara aktif, memberi perhatian
~ kemahiran memberi respon ~ bercakap jelas, lantang, nada suara
sederhana, perlahan, ada kontak mata, tidak menghukum/ menilai, ayat
ringkas dan padat dsb.
¨ Komunikasi yang berkesan ~ membina dan merapatkan hubungan dengan orang lain
~ mengelak salah faham dan pergaduhan
~ menghormati hak diri dan orang lain
~ membolehkan kita belajar secara membina
~ membolehkan kita memenuhi keperluan kita
~ menambah ilmu dan pengetahuan kita
v Bezakan antara ~ Submisif ~ pasif
~ terima dan tidak berani cakap
~ menghormati hak orang lain dan mengabai hak sendiri
v Agresif ~ kasar dan mendesak
~ menghormati hak sendiri dan mengabai hak orang lain
v Asertif ~ tegas dan bersederhana
~ menghormati hak sendiri dan hak orang lain
v Bincangkan penggunaan asertif mengikut situasi, lokasi, masa dan perhubungan.
KELOMPOK BESAR
Modul 4 : Rintihan Pengawas dan Luahan Rasa
Masa : 2 jam
AKTIVITI : RINTIHAN PENGAWAS
1. Setiap kumpulan diminta untuk berbincang dan mencatatkan 3 masalah utama yang dihadapi semasa menjalankan tugas. Mereka boleh memberi komen dan cadangan untuk menghadapi masalah-masalah tersebut.
2. Setiap kumpulan diberi 8 minit untuk membentangkan hasil perbincangan masing-masing. Ahli-ahli kumpulan lain dan para fasilitator digalakkan untuk memberi input.
AKTIVITI 1 : PENYERAHAN SURAT AMANAT
Pengajaran :
¨ Bukanlah mudah untuk menjaga sesuatu yang diamanahkan. Masalah dan dugaan akan sentiasa datang untuk menguji komitment, kesungguhan dan keikhlasan anda.
¨ Segala pemberian yang kita terima daripada Tuhan sebenarnya merupakan suatu amanah.- untuk digunakan bagi membantu perkembangan diri dan orang lain dan melahirkan kasih sayang sesama manusia.
AKTIVITI 2 : LUAHAN RASA
¨ Setiap peserta/ kumpulan diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka, pengalaman yang dialami dan pengajaran yang diperolehi sepanjang tempoh kem. (Tekankan kepada penyelesaian ‘Unfinished business’).
¨ Penilaian objektif pelajar
¨ Penilaian objektif kursus
sangat membantu saya mencari modul utk kem akan datang..
ReplyDeletesalam alaik..
Deletemohon utk gunakn modul2 ni..moga dapat keberkatan Allah diatas p'kongsian..insyAllah.
Salam,,mohon gunakan modul ye
ReplyDeletesaya mohon gunakan modul ye.. terima kasih atas pengkongsian yang amat berguna ini.. keep it up! ^_^
ReplyDeletemohon guna modul ni ya...
ReplyDeletesangat menarik dan mohon untuk digunakan ye...terima kasih....
ReplyDeletemantap... terimakasih atas perkongsian, menarik dan simple
ReplyDeletesangat membantu..thanks!
ReplyDeleteMinta kebenaran untuk menggunakan modul ini jika saya mengadakan program ya?
ReplyDeleteAs salam. Mohon diberi keizinan utk gunakan modul ini sekiranya saya mengadakan program. T/kasih.
ReplyDeleteAs salam. Mohon diberi keizinan utk gunakan modul ini. T/kasih.
ReplyDeletesalam...mohon guna modul tuan utk pelajar say...
ReplyDeletetq
Assalamualaikum... Mohon diberi keizinan utk guna modul ini. terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum, terimakasih atas perkongsian ilmu. Mohon izin untuk mengambil beberapa idea daripada modul Tuan/Puan.
ReplyDeleteAssalammualaikum....Mohon diberikan keizinan untuk guna modul ini. Terima kasih.
ReplyDeleteizinkan saya guna bahan ni
ReplyDeleteSalam...terima kasih atas perkongsian...sgt membantu..mohon utk sy aplikasi kpd anak murid saya
ReplyDelete