Wednesday, February 3, 2010

asertif

ASERTIF

A.J.LANGE & P.JAKUBOWSKI
Bertegas untuk hak peribadi dan menyatakan pendapat, perasaan dan kepercayaan secara terus, jujur dan sesuai tanpa mengancam hak orang lain

 

4 Kriteria utama asertif

      Bertegas Untuk Hak Peribadi
      Menyatakan Perasaan Secara Jelas, Telus Dan Jujur
      Menghormati Hak Dan Perasaan Orang Lain
      Menyatakan `Tidak’ Bila Anda Tidak Mahu Melakukan Sesuatu

10 Hak peribadi

  1. Menentukan cara mengurus hidup dan menetapkan keutamaan diri
  2. Menentukan matlamat dan nilai diri
  3. Menyatakan pandangan secara jujur
  4. Memberitahu orang lain bagaimana anda mahu dilayan
  5. Menyatakan `tidak’ bila orang meminta  anda membuat sesuatu negatif
  6. Tidak menerangkan tindakan dan perasaan anda kepada orang lain
  7. Membuat kesilapan
  8. Menukar fikiran
  9. Menyatakan `saya tidak tahu’ atau `saya tidak faham’
  10. Membuat keputusan tidak logik pada ketika-ketika tertentu

10 Tip Menjadi Asertif

  1. Menentukan apa yang penting dalam hidup anda
  2. Nyatakan pendapat anda dengan tepat, jelas dan penuh keyakinan
  3. Bina matlamat yang realistik dan menggapainya tanpa menggugat matlamat orang lain
  4. Pastikan permintaan anda munasabah dan tidak gugat hak orang lain
  5. Gunakan bahasa badan untuk mengukuhkan pandangan anda spt. kontak mata, kedudukan tubuh dan gerak tangan / jari untuk penekanan kepada frasa penting
  6. Ulangi permintaan anda tanpa menjadi marah.
7.   Nyatakan anda simpati dengan keadaannya kemudian nyatakan apa yang anda  mahu dia lakukan.
8.   Gunakan ungkapan `saya’….”saya kecewa anda tidak tunaikan janji…” jangan hukum perlakuan orang lain
  1. Belajar katakan `tidak’ dengan sopan untuk permintaan yang tidak munasabah
  2. Bertegas dengan hak anda yang sah.



 Apakah sikap dan pemikiran anda ?


1. Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah.

 

2. Melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili.

 

3. Sedia memberi pertolongan kepada semua orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau tidak.

 

4. Meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-kawan yang memerlukannya.

 

5. Gembira menghabiskan sebahagian dari masa saya membantu menyelesaikan masalah sosial.

 

6. Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu yang kurang bernasib baik.

 

7. Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri saya sendiri.

 

8. Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang lain.

 

9. Percaya bahawa kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya.

 

10. Suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran saya yang sakit.


DOING GOOD

DO ALL GOOD YOU CAN.

IN ALL WAYS YOU CAN.

IN ALL PLACES YOU CAN.

AT ALL TIMES YOU CAN.

TO ALL PEOPLE YOU CAN.

AS LONG AS EVER YOU CAN.







No comments:

Post a Comment

jom borak

Mr. Rajalangit