Gambar menunjukkan sebilangan kecil ibu bapa yang memerhatikan anak kesayangan mereka sebelum meninggalkannya di bawah jagaan guru. Anak anak mereka kebanyakkanya pelajar cilik sekolah iaitu tahun 1, 2 dan 3.
Para peserta bersama Kem Komanden cantik sekolah iaitu Cik Nornazni dan Cik Rose
Yang di sebelah kanan itulah Guru Kaunseling sekolah kami, Cikgu Doris Ann. Maaf, pangkat dah tinggi (puan). Beliaulah yang bertanggungjawab merancang dan melaksana kem ini dengan jayanya. Tahniah cikgu!!
5 orang pakar memasak kami sedang bermesyuarat merancang resipi terbaik untuk pelajar serta petugas. Tidak dapat dinafikan keenakan makanan pada hari tersebut.
Untung kawan, bahu diurut oleh guru yang cantik manakala mic dipegang oleh cikgu pemulihan sekolah kami, En. Hendra. Beliau sedang mendendangkan sebuah lagu dari kumpulan SEARCH
Mission Start
Liverpool Vs MuFC
aktiviti demi aktiviti pun diteruskan
Akhirnya hari pun malam..... Jelas keletihan para pelajar namun mereka tetap bersemangat. Apatah lagi pada waktu ini mereka semua kena tipu. mana tidaknya mereka dimarahi sekuat kuatnya oleh semua guru mengatakan ada pelajar tertangkap surat cinta. rupa rupanya, ia adalah kejutan untuk sambutan hari lahir 2 pelajar kita iaitu Hanafi Johari dan Zasstin Uding Green. Selamat hari jadi adik!!! Bukan niat cikgu marah anda, sekadar gurau.
Anak ini sedang mendendangkan lagu Rama Rama (Ella)... Hebat..
inilah mereka chef yang bermesyuarat saya katakan tadi...
sekarang ni hari pun siang semula........ Pelajar kita menjalankan senamrobik sebagai pembuka tirai.. Saya pasti gigi pun dah berus semua nie..
Beginilah keadaan sibuk di dapur
Pelajar dalam barisan sebelum menjalankan aktiviti seterusnya "SI Buta Sayang"
refleksi kendiri pelajar... memang hebat mereka berucap di hadapan..
Akhirnya upacara penyampaian hadiah pun dijalankan.. nampak gayanya aktiviti pun sudah berada di kemuncak.
Setelah selesai segalanya, empat guru ini pun duduk menyandar di dinding asrama sebagai tanda "argh..... Habis juga akhirnya""
Beginilah Kem yang kami jalankan pada tarikh yang telah dimaklumkan. Diharap apa yang disampaikan dapat diambil dengan Positif oleh pelajar dan hasilnya adalah untuk diri mereka dan juga sekolah. Sebagai guru, tidak ada balasan lain kami mahukan hanyalah, tunaikan tanggungjawab anda menjadi pelajar dan pengawas.
Tahun depan pasti kita usahakan lagi.......................
No comments:
Post a Comment