Sunday, April 25, 2010

Sukan Tahunan SK Kampung Iran


SK Kampung Iran-24 April Pada hari Sabtu, Sk Batu Niah telah dijemput bagi berentap dengan pelajar sekolah Kampung Iran. Terdapat 3 sekolah hadir pada hari tersebut iaitu SK Batu Niah, SK Kampung Iran dan SK Sungai Sebato. 10 acara dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan iaitu 100 m, 200 m, 800 m 4x100 dan 4x200. Seramai 17 peserta dari SK Batu Niah dan 2 orang tidak dapat hadir. 19 emas berjaya dirangkul dan 3 perak serta 2 gangsa sekaligus menobatkan sekolah ini sebagai juara.


















beginilah kenangan kami di sana

Tuesday, April 20, 2010

Ular sesat ke dalam Pra Sekolah

April-21, seekor ular telah tersesat ke dalam Pra Sekolah A Sk Batu Niah pada pukul 8.15 pagi. Ular berukuran 18 cm ini berjaya ditangkap dan terpaksa dibunuh. Para pelajar yang terdapat di dalam kelas ini diarah keluar bagi tujuan keselamatan.



Kampus Astro Bertapak di sini

April-20, Jatuh pada hari Selasa, SK Batu Niah diserikan dengan kedatangan pihak Astro di atas kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun mengadakan Kampus Astro di sini dengan meriahnya. Banyak aktiviti yang menyeronokkan dan menarik perhatian para pelajar. Pelbagai hadiah disediakan bagi menarik perhatian pelajar dan ternyata murid sekolah ini amat senorok dengan semua aktiviti yang dijalankan.
          Menurut salah seorang daripada pihak kampus, tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memperkenalkan beberapa siaran yang amat bermakna untuk para pelajar menerokai ilmu seperti tv1Q, animal planet, discovery, history dan sebagainya. Lagipun menurut beliau, sekolah ini amat bertuah kerana terpilih sebagai satu satunya sekolah rendah di Daerah Subis selain SMK Bekenu untuk kategori Sekolah Menengah.

        ehem ehem......... lawa ha....

pelajar dari special education sebagai pembuka tirai................



hati hati bang, pentas tu pandai jatuh tau.......

Lawatan dari pihak pejabat sambil mengambil gambar sebagai laporan...

bentukkan huruf "k" dengan bongkah yang telah dipotong......

percayakah anda, tanpa menggunakan gam, kita dapat menseimbangkan 8 nat ini di atas nat yang sedang berdiri.........

mana satu yang lebih besar agaknya, kuning ataupun hijau......

dengan mengalihkan 3 ketul silinder tersebut, jadikannya segitiga semula...

Beliaulah taikoo dalam menjayakan projek ini.... terima kasih broo...

kelihatan juga Cikgu Pang dan Cikgu Josephine....

Guru Besar yang turut sama menyaksikan pameran yang disediakan



beginilah kesudahannya Kampus Astro yang berpacak sejak dari pagi lagi. Waktu kini menunjukkan pukul 2 petang dan aktiviti pun tamat. berbeasr terima kasih buat pihak Astro dan kementerian kerana sudi menjejakkan kaki ke sekolah kami. terima kasih juga buat topi.

Thursday, April 15, 2010

Pengakap berdikari.... masak telur ala rimba

14 April, SK Batu Niah- Wah!!! nampaknya ahli ahli pengakap ni memang pandai berdikari. Mereka mampu memasak telur tanpa diajar oleh guru dan menggunakan idea sendiri.Apatah lagi mereka terpaksa mencari ikhtiar bagi meneruskan aktiviti akibat hujan lebat.
x sabar nak masak nih... panggang telur ka adik?
maok start api ni yang susah nih.. biasa pakai gas
senang hati u dua haaaaa
waw... sedap tu
berjaya kah aku nih.......
telur diorang simpan dalam tanah.
kat hutan ada jumpa tin jacob juga kah?
maok buat bumbung lah nie
kacau pulah hujan nih.........
masak dahhhh...........
hujan bukan halangan...............
panas! panas!
tunjuk dulu baru makan tau..........
hujan pun xde halangan.........
lawanyee gigi............

jom borak

Mr. Rajalangit