Rungutan berkaitan masalah laluan dari tapak Perhimpunan ke laluan sekolah kini selesai apabila siapnya sebuah jalan denai hasil daripada ikhtiar para guru dan staff SK Batu Niah. sebelum ini warga sekolah terpaksa melalui jalan yang becak sekaligus mengotorkan alas kaki serta merosakkan rumput. beginilah keadaan laluan tersebut sebelum dan selepas.
proses membancuh simen dilakukan di kawasan berdekatan air
simen yang siap dibawa ke lokasi kerja
petugas mula mengisi petak yang telah disusun mengikut citarasa
seterusnya pula meratakan simen agar lebih kemas. tidak mahu ketingallan pula Cik Nornazni dalam menbantu menyiapkan projek ini
projek diteruskan biarpun di bawah matahari terik
kini dalam keadaan 50% siap.
dan inilah keadaannya kini dalam 80%
hanya menunggu untuk dihiaskan dengan benteng batu bata dan hidupan renek supaya lebih menarik
No comments:
Post a Comment