Wednesday, January 26, 2011

Local Authority School dalam kenangan

dari Local Authority School ( 1963 - 1973)
Sekolah ini ditubuhkan pada 04 Februari 1963 dengan nama ‘Local Authority School’. Di awal penubuhannya, sekolah ini hanya memiliki sebuah kelas dengan murid seramai 45 orang sahaja. Pada ketika itu, 95% murid-muridnya terdiri daripada kaum Iban dan baki 5% adalah daripada etnik lain yang terdapat di sekitar Batu Niah. Pada ketika itu, sekolah ini ditadbir sepenuhnya oleh Majlid Daerah Subis. Hanya selepas 11 tahun ia ditadbir oleh Majlis Daerah Subis, maka pada tahun 1974, sekolah ini mula diambil alih pentadbirannya oleh Jabatan Pendidikan Miri. Bangunan sekolah ini dibina secara gotong-royong oleh golongan ibu-ibu dan bapa-bapa yang diketuai oleh Penghulu Kabu Anak Emong. Bahan binaannya pula telah dibekalkan oleh syarikat pembalakan pada ketika itu.




Setahun selepas ia ditubuhkan, pada tahun 1964, sebuah asrama telah didirikan untuk kemudahan murid-murid yang dating dari kawasan yang jauh dari sekolah. Pejabat Pendidikan Miri pada ketika itu telah menyediakan peruntukan makanan dan minuman. Selain itu juga, pihak Pejabat Pendidikan Miri juga telah menyediakan seorang tukang masak untuk penghuni-penghuni asrama pada ketika itu. Semasa pengambilalihan pentadbiran sekolah oleh Pejabat Pendidikan Miri pada tahun 1974, sekolah ini juga telah ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kerajaan Batu Niah atau SRK Batu Niah. Semenjak pengambilan alihan tampuk pentadbiran tersebut, penambahan infrastruktur juga mulai berlaku pada tahun 1979 dengan pembinaan blok kelas, pejabat am, kuarters guru, blok asrama, dewan makan, dan dapur memasak.



Menjelang tahun 1998, sekolah ini sekali lagi ditukar namanya kepada SK Batu Niah dengan Guru Besar pertama pada ketika itu iaitu Encik Wong Siah Mee. Setelah itu, beliau diganti oleh Encik Kadir bin Haji Yaakub sehingga bulan Januari 2008. Setelah itu, beliau telah digantikan dengan Encik Abdul Rashid bin yaakub yang masih kekal menjadi Guru Besar di sekolah tersebut sehingga ke hari ini.



Pada tahun 2010, jumlah enrolmen murid ke sekolah ini telah mencecah 431 orang iaitu hamper 10 kali ganda berbanding 47 tahun yang lepas. Bagi tahun 2011 pula, jumlah enrolmen murid adalah seramai 439 orang yang menunjukkan peningkatan enrolmen sebanyak 1.6% berbanding tahun lepas. Sehingga penghujung 2010, sekolah ini memiliki 32 orang staf akademik dan 11 orang staf bukan akademik.


Sekolah Rendah Kerajaan Batu Niah ( 1974 - 1997)
Sekolah Kebangsaan Batu Niah 1998 hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

jom borak

Mr. Rajalangit