Wednesday, January 26, 2011

Local Authority School dalam kenangan

dari Local Authority School ( 1963 - 1973)
Sekolah ini ditubuhkan pada 04 Februari 1963 dengan nama ‘Local Authority School’. Di awal penubuhannya, sekolah ini hanya memiliki sebuah kelas dengan murid seramai 45 orang sahaja. Pada ketika itu, 95% murid-muridnya terdiri daripada kaum Iban dan baki 5% adalah daripada etnik lain yang terdapat di sekitar Batu Niah. Pada ketika itu, sekolah ini ditadbir sepenuhnya oleh Majlid Daerah Subis. Hanya selepas 11 tahun ia ditadbir oleh Majlis Daerah Subis, maka pada tahun 1974, sekolah ini mula diambil alih pentadbirannya oleh Jabatan Pendidikan Miri. Bangunan sekolah ini dibina secara gotong-royong oleh golongan ibu-ibu dan bapa-bapa yang diketuai oleh Penghulu Kabu Anak Emong. Bahan binaannya pula telah dibekalkan oleh syarikat pembalakan pada ketika itu.




Setahun selepas ia ditubuhkan, pada tahun 1964, sebuah asrama telah didirikan untuk kemudahan murid-murid yang dating dari kawasan yang jauh dari sekolah. Pejabat Pendidikan Miri pada ketika itu telah menyediakan peruntukan makanan dan minuman. Selain itu juga, pihak Pejabat Pendidikan Miri juga telah menyediakan seorang tukang masak untuk penghuni-penghuni asrama pada ketika itu. Semasa pengambilalihan pentadbiran sekolah oleh Pejabat Pendidikan Miri pada tahun 1974, sekolah ini juga telah ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kerajaan Batu Niah atau SRK Batu Niah. Semenjak pengambilan alihan tampuk pentadbiran tersebut, penambahan infrastruktur juga mulai berlaku pada tahun 1979 dengan pembinaan blok kelas, pejabat am, kuarters guru, blok asrama, dewan makan, dan dapur memasak.



Menjelang tahun 1998, sekolah ini sekali lagi ditukar namanya kepada SK Batu Niah dengan Guru Besar pertama pada ketika itu iaitu Encik Wong Siah Mee. Setelah itu, beliau diganti oleh Encik Kadir bin Haji Yaakub sehingga bulan Januari 2008. Setelah itu, beliau telah digantikan dengan Encik Abdul Rashid bin yaakub yang masih kekal menjadi Guru Besar di sekolah tersebut sehingga ke hari ini.



Pada tahun 2010, jumlah enrolmen murid ke sekolah ini telah mencecah 431 orang iaitu hamper 10 kali ganda berbanding 47 tahun yang lepas. Bagi tahun 2011 pula, jumlah enrolmen murid adalah seramai 439 orang yang menunjukkan peningkatan enrolmen sebanyak 1.6% berbanding tahun lepas. Sehingga penghujung 2010, sekolah ini memiliki 32 orang staf akademik dan 11 orang staf bukan akademik.


Sekolah Rendah Kerajaan Batu Niah ( 1974 - 1997)
Sekolah Kebangsaan Batu Niah 1998 hingga sekarang.

banjir melanda sekolah

salam semua, di sini ada sedikit berita berkenaan banjir yang melanda di Kawasan Niah dan sekaligus melibatkan sekolah ini. Hujan yang turun tanpa henti semenjak 13 januari membanjiri kawasan Niah. Air mula naik ke kawasan sekolah pada 17 Januari. Saat huru hara di sekolah tidak dapat digambarkan lagi apabila kita terpaksa menguruskan seramai 439 orang untuk dihantar pulang. tidak sampai 4 jam sahaja, kawasan sekolah terus menjadi seperti laut dan padang air. Hujan yang turun semenjak 13 januari hanya mula reda pada 21 januari iaitu hari jumaat. Keadaan menjadi semakin getir apabila kami yang berada di pekan niah terkurung di pulau apabila jalan untuk keluar ke tempat lain terputus. Khidmat askar diperlukan bagi menyalurkan bekalan makanan menggunakan Helikopter. Kadar aras air hanya mula surut dan dipercayai selamat pada 26 Januari dan pelajar dapat sekolah semula seperti biasa. Usah ditanyakan lagi keletihan para pekerja serta ibu bapa yang gotong royong membersihkan kawasan sekolah selepas banjir. Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua.

keadaan cuaca pada 17 Januari 2011. Hujan mula turun sejak 4 hari lepas tanpa henti biarpun siang dan malam.

Air mula naik ke kawasan sekolah. pada saat ini,



pelajar diarahkan pulang dengan seliaan guru bagi memastikan keselamatan terjamin.

pelajar yang mempunyai kebolehan berenang membantu guru mengangkat barang ke tempat yang lebih tinggi.

air semakin naik dan pada masa ini di aras lutut.

guru bertungkus lumus memastikan barang berada di tempat yang lebih tinggi

inilah rupa kemuncak banjir pada tahun 2011. ketinggian dalam kawasan sekolah mencecah sehingga ke 2.5 meter.

beginilah senario yang kami alami.

Khidmat askar diperlukan bagi memastikan semua penduduk di Kawasan ini mendapat bekalan makanan akibat banjir

tidak ketinggalan pula helikopter pihak Polis yang menjalankan tugas yang sama


bekalan makanan diberikan untuk staf sekolah ini yang menjadi mangsa banjir.
kelihatan para Staff sekolah melawat keadaan kelas masing masing.

setiap pagi mereka ini turun ke sekolah bagi menentukan suasana air. mereka ini sedia berkhidmat mencuci selepas banjir. Kami terpaksa melapor di SJK Chee Mung ketika ini.

pelbagai ikhtiar para guru untuk meredah banjir. Kelihatan Ustazah dayang Mawarni menggunakan tudung tangki untuk melawat bilik agama.


ada juga guru yang terus membuat perahu. percayakah anda perahu ini disiapkan dalam masa 2 jam. namun demikian, ianya rodak selepas 3 hari disiapkan.
janganlah banjir lagi, kesian rupa kami.

Fail Meja & Takwim Sekolah 2011

Khas buat pelawat setia blog. Dapatkan intipati fail meja serta takwim sekolah melalui laman ini. http://www.scribd.com/doc/47595160

FAIL MEJASEKOLAH KEBANGSAAN BATU NIAH

98200 NIAH, SUBIS

YBB4412







&
TAKWIM PENGURUSAN
2011

Wednesday, January 12, 2011

kalender persekolahan 2011

kalaender persekolahan 2011

aktiviti asrama awal tahun

Salam warga pembaca.... selain daripada menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, mereka yang diam di asrama juga ada aktiviti masing masing. Mereka juga belajar berdikari dengan bekerjasama membersihkan kawasan asrama dan juga taklimat ringkas membiasakan berada jauh dari ibu bapa.





LDP 2011

12 January, Awal awal lagi guru sekolah ini yang terlibat dengan kursus hujung tahun lepas menunaikan tanggungjawab mereka dengan memberikan kursus dalaman kepada semua warga pendidik sekolah ini. Input yang diberikan amat berguna dan mereka telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Semoga usaha guru guru dapat membuahkan hasil dengan melahirkan lebih ramai pelajar mendapat 5A dalam perperiksaan.












Monday, January 10, 2011

Guru Baru Sekolah ini

3 Januari 2011, sekolah ini amat bertuah setelah menerima kedatangan guru baru yang sememangnya benar benar diharapkan untuk membantu sekolah ini sebagai jentera dalam usaha melahirkan anak anak cemerlang. Mereka yang dimaksudkan ialah En. Patrick anak Andrew Ungan dan Pn. Zalina binti Zakaria. Mereka yang dimaksudkan masing masing opsyen Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, kami juga masih berharap kedatangan beberapa guru baru untuk mengisi kekosongan dalam kelas PRA dan PKBPP.
 Nama     : Pn. Zalina bt. Zakaria
Opsyen    : Bahasa Melayu
Pengalaman Mengajar  :4 tahun
Sekolah Terdahulu       : SK Bandar Limbang


 Nama     : En. Patrick anak Anak Andrew Ungan
Opsyen   : Bahasa Inggeris
Pengalaman Mengajar    : 9 tahun
Sekolah Terdahulu         : SK Kelapa Sawit no. 4


kami amat mengalu alukan kedatangan kalian berdua..............................

PRA C dalam proses

Pra C untuk Sekolah ini buat masa ini adalam sedang dalam proses pembinaan. Oleh demikian, para pelajar yang sepatutnya berada dalam kelas tersebut untuk tahun ini ditempatkan sementara di Kelas Pemulihan sekolah atas perbincangan pihak sekolah. Diharapkan bangunan baru ini dapat digunakan secepat mungkin agar kelancaran P&P dapat ditingkatkan.




 

jom borak

Mr. Rajalangit