Kertas Cadangan Projek Kitar Semula
Tajuk :
Menara Petronas Kitar Semula
Tempat :
Kawasan sekolah SK Batu Niah
Masa perlaksanaan :19
Jun 2012 hingga 15 Januari 2013
Pengenalan.
Dewasa ini, masalah
pencemaran semakin berleluasa dan amat sukar untuk dikawal. Pelbagai pendekatan
dikemukakan oleh kerajaan bagi mempromosikan kesedaran masyarakat berkenaan
masalah dihadapi akibat pencemaran. antara satu masalah yang amat merunsingkan
adalah pengurusan bahan plastik yang didapati apabila dibuang merata tempat
tidak akan terurai. perkara ini mengakibatkan Negara kita akan berlantaikan
plastik dalam ribuan tahun mendatang. Perkara ini mendapat sambutan dari
pasaraya yang Bandar Miri apabila memperkenalkan kempen “ Tiada Beg Plastik
Setiap Hari”. Walaubagaimanapun, kesedaran ini tidak melibatkan warga Niah yang
masih segar dengan hutan dan Bandar kecil ini.
Masa hadapan yang
semakin pesat menyebabkan keghairahan untuk kesenangan Generasi Z
membinggungkan apabila perkara ini berleluasa. Pembangunan kelihatan bertambah
dari hari ke hari manakala kebersihan alam sekitar dipandang remeh. Bagi
memulakan kesedaran berkenaan pengurusan plastik di daerah ini, cadangan untuk
mendirikan menara berkembar yang diperbuat daripada botol plastik ini amat
releven. para pelajar diminta untuk membawa botol plastic dari rumah agar ianya
tidak dibuang merata rata tempat.
Kadar harga yang amat rendah untuk
menjual balik botol plastik terpakai menyebabkan ramai penggiat kitar semula
tidak bercadang untuk menjual balik botol plastik ini. oleh demikian, dengan
menggumpulkannya di sekolah ini, dapatlah kita mengutip seberapa banyak botol
plastic dan diselamatkan dari menjadi punca keranapan alam sekitar. kaedah yang
digunakan adalah dengan mendirikan menara berkembar kerana untuk menyimpannya
pada sesuatu tempat adalah amat sukar kerana uangan yang amat terhad di sekolah
ini. Apabila menara ini sudah berdiri dan tidak betahan lagi ataupun rosak,
barulah ianya akan dijual kepada pembeli kitar semula.
Rasional
Projek ini dijalankan adalah untuk menghindarkan
botol plastik terpakai di daerah Niah ini daripada dibuang dengan tidak terurus
sekaligus mendatangkan impak buruk ke atas kesihatan bumi. Disamping itu,
diharap juga Sekolah ini dapat menjadi contoh kepada rakyat lain berkenaan dengan
kecintaan terhadap bumi yang kita pijak sekarang.
Objektif
Antara Objektif projek ini adalah seperti berikut:
1. Sebagai
salah satu pengurusan bahan terbuang dan membantu menyelamatkan bumi daripada
diliputi plastik terpakai.
2. Menjadi
“ Role Model” kepada masyarakat setempat agar menjaga bumi daripada sampah.
3. Membantu
kerajaan dalam merealisasikan objektif penjagaan alam sekitar.
4. Memberi
peluang kepada pelajar dan guru serta seluruh warga sekolah untuk bergotong
royang dan sependapat dalam merealisasikan sesuatu.
5. Menjadikan
sekolah pertama di daerah ini untuk menjadikan model Negara berkembar tertinggi
melalui bahan terpakai sekaligus seandainya dapat akan dimasukkan ke dalam
Malaysia Book Of Record.
6. Menyemai
semangat cintakan Negara dengan menunjukkan menara kebanggaan Negara kepada
pelajar.
7. Mengurangkan
peratusan bahan terbuang daripada dijadikan sampah ke tanah daerah ini.
8. Mendekatkan
nama sekolah ke mata dunia.
9. Membuktikan
bahawa sekolah mampu menjalankan satu projek mega yang setaraf dengan agenda
Negara.
Ahli
Jawatankuasa Perlaksana
Bil
|
Nama
|
Jawatankuasa
|
1
|
En.
Abdul Rashid bin Yaakub
(
Guru Besar SK Batu Niah)
|
Penaung
Program Projek Twin Tower
|
2
|
Pn.
Norlela bt. Raiee
(
Penolong Kanan Kokurikulum)
|
Timbalan
Projek Twin Tower 1
|
3
|
En.
Taib anak Akyo
(
Penolong Kanan Kurikulum )
|
Timbalan
Projek Twin Tower 2
|
4
|
Pn.
Mastura bt. Rosli
(Penolong
kanan HEM)
|
Timbalan
Projek Twin Tower 3
|
5
|
Cik
Syarifah
(
Guru Keceriaan Sekolah)
|
Penyelaras
Program Projek Twin Tower
|
6
|
Cik
Nani bt. Hassanuddin
|
Setiausaha
Projek Twin Tower
|
7
|
Pn.
Phang Choon Lian
|
Bendahari
Projek Twin Tower
|
8
|
Bakir
anak Jatan
|
Ketua
Projek Twin Tower
|
9
|
Semua
Guru dan Staff SK Batu Niah
|
Ahli
Jawatankuasa Kerja
|
Anggaran
Perbelanjaan:
Bil
|
Bahan
|
kuantiti
|
Harga
|
Sumber
|
1
|
Botol
plastik (6000 unit)
|
-
|
-
|
Bahan
Terbuang
|
2
|
Gam
paip
|
20
|
RM
5 x 20
=
RM 100
|
Dana
Projek
|
3.
|
Bendera
Malaysia
|
1
|
|
Dana
Projek
|
4
|
Bendera
Sarawak
|
1
|
|
Dana
Projek
|
5
|
Tiang
Besi 15 meter
|
2
|
|
terpakai
|
6
|
Tiang
besi 3 meter
|
2
|
|
terpakai
|
7
|
Lampu
& perumah
|
2
|
|
Dana
Projek
|
8
|
Wayar
20 m
|
1
|
RM
2 X 20
=
RM 40
|
Dana
Projek
|
9
|
Dawai
PVC
|
1
Gulung
|
|
Dana
Projek
|
10
|
Belanja
belum dikesan
|
|
|
Dana
Projek
|
Dana
Projek
Untuk menjalankan projek ini, jawatankuasa projek
bercadang untuk meminta sumbangan seperti berikut:
Bil
|
Penderma
|
Jumlah derma
|
jumlah
|
1
|
Guru
dan kakitangan sekolah
|
RM
5 setiap orang
|
RM
5 x 44 orang
=
RM 220
|
2
|
Pelajar
|
RM
1 setiap orang
|
RM
1 x 462
=
RM 400
|
jumlah
|
RM
682
|
Setiap penderma akan diberikan surat terima kasih
daripada pihak sekolah bagi mengantikan resit. Manakala bayaran haruslah
diberikan kepada bendahari sekolah iaitu Puan Phang Choon Lian.
Lakaran
projek
Disediakan oleh Disemak
Oleh