khas buat anak anak sekalian........ ingatlah pengorbanan ayah.
Tuesday, February 22, 2011
Saturday, February 19, 2011
kem kepimpinan pengawas 2011
18-20 February 2011, merupakan hari kem kepimpinan pengawas bagi sesi 2011. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memastikan para pengawas sekolah ini dapat meningkatkan tahap kepimpinan dan dedikasi. jadual yang begitu padat menjadikan Kem ini bermakna dan tidak melepaskan masa terluang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Taklimat, pelbagai Ldk begitu juga dengan kursus pengurusan mesyuarat.
Thursday, February 17, 2011
Fareware bersama PK1 & HEM
Februari-7, hari yang begitu penuh dengan emosi menjadi semangat kepada dua guru yang selama ini menjadi tulang belakang untuk sekolah terpaksa meninggalkan sekolah ini atas tugas mereka diperlukan di sekolah lain. Tahniah diucapkan buat PK1, Pn. Anita bt. Othman yang meninggalkan sekolah ini kerana dinaikkan jawatan sebagai guru besar di sekolah lain iaitu SK Tanjung Belipat. Begitu juga dengan PK Hem, Pn. Surianey Ibrahim yang berpindah ke sekolah asal beliau sebelum ini iaitu SK Pujut Corner, Miri. dalam majlis ini, beberapa amanat yang disampaikan oleh ayahnda guru besar dan antaranya ialah agar mengekalkan prestasi yang terbaik ketika berkhidmat di tempat baru. sememangnya agak sukar bagi warga SKBN melepaskan mereka berdua namun, tugas untuk negara harus diteruskan dan ini sudah menjadi asam garam setiap insan bergelar guru. Harapan buat puan berdua iaitu, ingat ingatlah kami di sini dan segala kenangan manis bersama dan juga bimbingan dari anda berdua tetap kami jadikan sebagai pedoman...... salam bertemu kembali.
Thursday, February 10, 2011
Monday, February 7, 2011
gotong royong warga sekolah 2011
Februari, 7- Tahniah dan terima kasih buat semua warga sekolah yang sanggup bertun gkus lumus dalam mengembalikan suasana sekolah akibat banjir. antara tugas guru adalah menanam semula pokok bunga dan mencuci lumpur gelanggang dengan air bersih. Tidak terkecuali juga di kawasan asrama bagi memastikan keselamatan serta kesihatan kawasan penginapan pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)