Thursday, March 25, 2010

perpisahan bersama En. Najib bin Lokman

Sekolah Kebangsaan Batu Niah kehilangan seorang kakitangan yang begitu ceria dan peramah iaitu En.  Najib bin Lokman. dengan itu, pada 25 Mac 2010, kita telah mengadakan satu upacara ringkas sebagai tanda menghargai perkhidmatan beliau di sekolah ini sejak 2008 hingga 2010. begitu banyak kenangan manis ketika bersama beliau apatah lagi kerjasama yang beliau berikan untuk sekolah ini amat besar.

Sedikit sebanyak mengenai beliau
En. Najib bin Lokman merupakan seorang juruteknik komputer di SK Batu Niah. Beliau berasal dari Negeri Sembilan  dan mencurahkan khidmatnya di Bumi Kenyalang sejak tahun 2008 lagi. Perkhidmatan En. Najib diperlukan sementara di PPD Subis selama lebih kurang 2 bulan. Sejak kedatangan beliau di SK Batu niah, pelbagai ragam serta kenangan ditinggalkan oleh beliau untuk kami di sini. Beliau gigih mempelajari pelbagai bahasa etnik di Sarawak seperti bahasa kedayan, iban dan sebagainya. Malahan, En. Najib amat hafal sebuah lagu iban yang bertajuk BUJANG LELAYANG. Namun selepas ini, beliau terpaksa berpindah balik ke Negeri Sembilan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja Kerajaan iaitu Menurut Perintah.

Berikut merupakan antara gambar untuk dikongsikan sempena majlis terakhir bersama En. Najib bin Lokman
ketibaan guru besar SK Batu Niah En. Abdul Rashid bin Yaakup


antara wajah wajah rakan sejawat yang masih lagi mengerahkan tenaga sebagai pendidik di SK Batu Niah

Berbaju biru [En Jilan Ugan] orang bujang SK Batu Niah bersama Cikgu Kuntum dan Cikgu Pauline

tidak mahu ketinggalan untuk berada dalam blog ini, En Mohammad Nazrul, En. Taip Akyo dan gadis manis, Cik Rose Itam


bergambar bersama sebagai kenangan ......


Guru besar menyampaikan cenderamata dari pihak sekolah, apa didalam? cek tunai barangkali...


serius...........


tak sabar nak tunggu makan nie...


dengan itu, maka semua hadirin pun menjamu selera... inilah acara kemuncak


tadik nangis....... 

begitulah rentetan majlis perpisahan yang dapat kami kongsikan bersama  buat pelawat blog ini....


pantun buat saudara Najib..
beli kopi di kedai cina
buat kekasih sarapan pagi
bila engkau sudah disana
usah dilupa kami disini


sekian


Sunday, March 21, 2010

selamat kembali bertugas

Pihak sekolah mengucapkan selamat kembali bertugas dan belajar kepada semua kakitangan serta pendidik di Malaysia selepas bercuti selama seminggu. Semoga cuti yang diberikan dapat memberikan inspirasi kepada semua untuk bertugas dengan lebih gigih dan bersemangat waja.

Tuesday, March 9, 2010

Awas Panggilan Lelaki Menyamar Guru dari JPD


ALOR SETAR 8 Mac - Para kontraktor dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap individu tertentu yang menyamar sebagai guru dari Jabatan Pelajaran Daerah (JPD) dan menawarkan projek pembaikan sekolah.
Ia berikutan terdapat 11 kes penipuan menggunakan modus operandi itu dilaporkan di negeri ini sejak Januari tahun lalu membabitkan kerugian RM29,500.

Kes terbaru dilaporkan berlaku di Kubang Pasu, dekat sini, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, penipuan itu dipercayai dilakukan oleh individu sama dengan menjadikan kontraktor sebagai mangsa. Katanya, suspek akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai guru dan kemudian menawarkan projek pembaikan sekolah kepada mangsa.
Tambahnya, alasan yang diberikan adalah kononnya kerana dia tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

"Kadar yang dikenakan untuk mendapatkan sesuatu projek antara RM3,000 dan RM5,000, sebagai ganjaran kepada guru besar sekolah terlibat. "Apabila mangsa menunjukkan minat, lelaki terbabit meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun atas nama wanita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Syed Ismail berkata, individu tersebut menggunakan empat akaun wanita yang berbeza dan polis kini sedang giat mengesan pemilik akaun berkenaan.

Beliau juga meminta kontraktor yang menerima panggilan telefon menawarkan projek pembaikan agar memastikan kesahihannya dengan Jabatan Pelajaran Daerah.
Dalam pada itu, katanya, orang ramai turut dinasihatkan supaya berhati-hati jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya telah memenangi hadiah tertentu.
"Di negeri ini sahaja, sepanjang 14 bulan lalu polis Kedah merekodkan 37 kes penipuan

Guru Patut Bergilir Ke Luar Bandar


KUALA LUMPUR 8 Mac - Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng hari ini.

Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya.

Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.

"Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja guru berkenaan ditempatkan untuk mengajar di kawasan luar bandar, mereka dilupakan dan dibiarkan di situ selama bertahun-tahun lamanya," katanya.
"Ini yang kami mahu elakkan dan akan menggesa Kementerian Pelajaran merumuskan sistem giliran yang adil dan saksama di mana semua guru baru diberi peluang mengajar di sekolah di luar bandar," katanya.
Katanya, NUTP yang mewakili 160,000 guru "menyokong penuh langkah kerajaan untuk mewajibkan guru baru ditempatkan di sekolah luar bandar."

Bagaimanapun, kesatuan itu berharap kementerian akan membincangkan butiran terperinci mengenai cadangan itu dengan pelbagai wakil dan persatuan guru. Minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sedang menimbangkan untuk mewajibkan guru mengajar sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun di sekolah luar bandar dan pedalaman.
Kerajaan menawarkan ganjaran dan insentif lain untuk menarik guru supaya mengajar di kawasan luar bandar.
Pada ketika ini, guru yang mengajar di luar bandar dibayar elaun bertugas di pedalaman antara RM500 hingga RM1,500. - Bernama...

Tuesday, March 2, 2010

Ujian Pertengahan pertama

Hari ini merupakan hari pertama ujian pertengahan semester pertama untuk Sekolah Kebangsaan Batu Niah. Di samping itu, pelajar tahun 6 pula menunaikan tanggungjawab untuk menjalankan PROTIM dan pelajar tahun 1 menjalankan ujian LINUS. Semoga berjaya buat para pelajar.

Monday, March 1, 2010

Sepak Takraw Zon Niah Juara

Pada 27 Februari lepas, pemilihan sepak takraw untuk wakil Daerah Subis dilansungkan dengan jayanya. Kita sebagai tuan rumah berasa amat lega kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab. Sebagai ulasan pada masa tersebut, Zon Niah sekali lagi mencipta nama apabila berjaya menjuarai pemilihan berbentuk pertandingan ini. Seramai empat orang pelajar dari Zon kita terpilih sebagai wakil Daerah Subis dan dua daripadanya adalah pelajar Sekolah ini iaitu Alexson Renang dan Berian James. Dalam perlawanan tersebut, kita berjaya menundukkan pasukan dari Zon Ladang dengan getirnya dimana regu utama kita terpaksa akur dengan kekalahan namun dibangkitkan dengan regu kedua dan ketiga. Tahniah kepada para pemain dan berikut adalah gambar sebagai kenang kenangan di musim latihan dan pemilihan peringkat Zon Niah.






















Manakala jurulatih untuk pasukan ini adalah En. Othman Mohammaddin dan En. Mohd. Nazrul..
Tahniah !

jom borak

Mr. Rajalangit